Friday, December 19, 2008
Wakaf Idaman
Wakaf Idaman
Wakaf ataupun nama lain gazebo adalah satu elemen penting dalam penyempurnaan elemen landskap kejur sesebuah taman dengan reka bentuk unik dan menarik.
Gazebo atau lebih dikenali sebagai wakaf adalah struktur binaan luar seperti sebuah pondok yang digunakan sebagai teduhan, terbuka di sekelilingnya, bertindak sebagai asas perlindungan, atau tempat berehat di taman.
Sekiranya ingin menambah fungsi wakaf itu sendiri, kebiasaannya buaian akan diletakkan berhampiran dengan wakaf ini bagi menambah fungsi sebagai tempat riadah.
Perkataaan gazebo itu sendiri mula digunakan di England pada tahun 1752 diambil daripada perkataan Perancis 'Que c'est beau' yang bermaksud "how beautiful" atau "sungguh cantik". Bagaimana pun di Malaysia ia lebih popular dengan panggilan wakaf atau pondok kecil. Walau apapun namanya, fungsinya tetap sama dalam mewujudkan visual vertikal dalam taman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment